TAJWID

TAJWID DARJAH 3


Makhraj Huruf 

Pengertian Makhraj :



  • Bahasa – Tempat Keluar

  • Istilah  – tempat keluar huruf-huruf hijaiyyah bahasa arab dari alif  ( ا ) hingga ya ( ي ).


Makhraj Huruf :
  1. Rongga الجوف
  2. Halkum الحلق
  3. Lisan اللسان
  4. 2 Bibir الشفتان
  5. Batang Hidung الخيشوم


مخارج الحروف 


    • Rongga الجوف
        • Pengertian الجوف bahagian rongga kerongkong hingga rongga mulut. 
        • huruf-hurufnya:- ا و ي


    • Halkum الحلق
      • Pengertian الحلق bahagian halkum atau kerongkong yang keluar daripadanya huruf berikut : ء ه ع ح غ خ


    • Lisan اللسان
      • pengertian اللسان ialah lidah yang terbahagi kepada 4 bahagian : 
        • pangkal lidah :- ق ک 
        • tengah lidah :- ج ش ي 
        • tepi lidah :- ض ل 
        • hujung lidah : - ذ ر ز س ص ط ظ ن ت ث د



    • 2 Bibir الشفتان
        • pengertian الشفتان ialah bibir mulut mulut. 
        • huruf-hurufnya:- ف و ب م


    • Batang Hidung الخيشوم
        • Pengertian الخيشوم ialah rongga hidung .
        • huruf yang keluar daripadanya huruf yang berdengung ( الغنة ) 
        • ن dan م yang bertashdid atau sabdu 
        • ن dan م yang bertanda sukun 
        • huruf yang berbaris tanwin atas, bawah, hadapan.










    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...